DUA KETUA AUDIT NEGARA IKTIRAF KETELUSAN TABUNG HAJI (TH)

12 Mei 2017 – Tabung Haji (TH) menerima Sijil Audit Bersih 2 tahun berturut-turut daripada 2 Ketua Audit Negara yang berlainan.

Sijil Audit bersih tahun 2015 oleh YBhg. Tan Sri Ambrin Buang manakala kali ini daripada YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad untuk Sijil Audit Bersih Tahun 2016.

c3f354cca240799ca5c0174645c22c48

Pencapaian ini bukti ketelusan dan kesungguhan TH dalam menjaga amanah pendeposit terutama bakal-bakal jemaah haji.

Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap 26 Kementerian dan 96 Jabatan Persekutuan, 13 Kerajaan Negeri, 120 Penyata Kewangan dan 12 Kumpulan Wang Badan Berkanun Persekutuan, 124 Badan Berkanun Negeri, 144 Pihak Berkuasa Tempatan, 15 Majlis Agama Islam Negeri, Kumpulan Wang Amanah, Akaun Amanah serta 496 Syarikat Kerajaan.

Pemberian Sijil Bersih Ketua Audit Negara kepada TH bagi tahun 2016 menunjukkan urus tadbir, ketelusan dan kecekapan agensi itu tanpa sebarang keraguan.

Kepercayaan Ketua Audit Negara terhadap kewangan TH membuktikan pengurusan kewangan, operasi haji dan pengurusan dana TH dilaksanakan dengan amalan Tadbir Urus Korporat yang mantap serta operasi perniagaan yang mengutamakan integriti, akauntabiliti dan ketelusan.

TH kini fokus bagi memastikan pencapaian terbaik dalam pengurusan haji dan pelaburan mengikut prinsip-prinsip patuh syariah demi kepentingan para pendeposit.

TH mempunyai lebih 9.1 juta pendeposit dengan dana terkumpul melebihi RM68 bilion.

Pada tahun ini, TH perlu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM260 juta setahun bagi menampung subsidi haji yang terus meningkat setiap tahun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s