Seramai 700 Anak Yatim, Miskin Kelantan Terima Sumbangan YaPEIM

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi sumbangan sagu hati kepada kira-kira 700 orang anak-anak yatim, miskin di negeri Kelantan, untuk membolehkan mereka bersama-sama menikmati Aidilfitri akan datang.

Pemilihan anak-anak yatim, miskin untuk Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2017 itu dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki menyempurnakan majlis berkenaan di Pasir Putih , kelmarin.

Turut hadir  dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Hj Samsudin; ADUN Semerak, Datuk  Zawawi Othman, wakil Jabatan Pendidikan dan masyarakat setempat.

YaPEIM memperuntukkan RM2.6 juta untuk Program Inspirasi Ramadan 1438H kepada 22,320 penerima manfaat di seluruh negara termasuk yang terdiri daripada pelajar yatim/ miskin.

Pelajar bekenaan menerima wang tunai RM100 dan barangan keperluan asas bernilai RM20.

Selain Progran Inspirasi Ramadhan yang bermula tahun lalu, YaPEIM juga mengadakan Program Inspirasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Inspirasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Untuk itu, YaPEIM memperuntukkan sebanyak RM7.4 juta bagi melaksanakan Program berkenaan membabitkan 159,579 orang pelajar di seluruh negara.

Pelajar akan diberi tip dan teknik menjawab soalan UPSR dan SPM sebelum peperiksaan tersebut berlangsung yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dan cemerlang di setiap daerah yang terlibat.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s