Program Ziarah Kasih Ramadhan Tidak Guna Wang Pendeposit TH

PROGRAM  Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak 2017 adalah kerjasama Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian & Daftar Pemilih (BKDP) UMNO.

Program Ziarah Kasih ini mensasarkan golongan asnaf serta tidak berkemampuan yang terdiri daripada kalangan fakir miskin, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Program ini adalah selari dengan prinsip dan objektif penubuhan Yayasan TH yang menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dengan matlamat membantu golongan yang memerlukan.

Jelajah Ziarah Kasih ke 50 kawasan terpilih ini menunjukkan keprihatinan Yayasan TH dalam memastikan kesejahteraan golongan ini. Ia mensasarkan bantuan kepada hampir 100,000 orang diseluruh negara dengan peruntukan dana sebanyak RM15 juta.

Yayasan TH menperuntukan dana sebanyak RM7 juta manakala kerjasama dengan badan-badan korporat, UMNO Malaysia, individu yang prihatin telah menyaksikan dana sebanyak RM8 juta lagi telah dikumpulkan untuk menjaya program diseluruh negara.

TH telah menjalankan program amal di bulan Ramadhan seumpama ini sejak dulu lagi dengan jumlah peruntukan yang minimum.

Justeru itu, dengan kewujudan Yayasan TH, dapat memastikan sumbangan yang lebih menyeluruh kerana penglibatan dan sumbangan pelbagai syarikat dan badan badan korporat serta individu yang perihatin dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan ummah sejagat.

Disebabkan berkeyakinan kepada Yayasan TH, syarikat, badan korporat dan individu telah menyalurkan sumbangan untuk membantu golongan asnaf dan kurang berkemampuan.

Segala urusan kewangan akan di uruskan dan dikawal selia oleh Pengarah Negeri dan Pengurus cawangan TH.

Sebarang kenyataan yang mengaitkan UMNO menggunakan wang pendeposit TH adalah tidak benar dan bermotifkan politik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s