Melaka Tolak Keras Himpunan Jubli Jerusalem

MELAKA 5 Jun: Kerajaan negeri tidak pernah menerima permohonan daripada penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan Jubli Jerusalem yang dikaitkan dengan gerakan Yahudi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, sehubungan itu tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada penganjur dan perhimpunan itu dianggap melanggar peraturan sekiranya ia diadakan.


“Di peringkat kerajaan negeri, kita menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan ini dan tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri, di sini hari ini.

Semalam, tersebar satu risalah penganjuran program Himpunan Jubli Jerusalem di media sosial yang dirancang diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s