PAS, Belia 4B Mahu Polis Siasat Siapa Penganjur Sambutan 50 Tahun Israel

AYER KEROH: Gerakan Belia 4B Malaysia hari ini, membuat laporan polis bagi membantah penganjuran ‘Himpunan Jerusalem Jubilee’ yang bakal berlangsung di Melaka, pertengahan bulan ini.

Presiden, Mohd Nizam Omar, berkata program ‘All Malaysian Golden Gate Revival Convocation’ (AMGGNRC) yang dijadual diadakan pada 15 hingga 18 Jun di sebuah gereja di Taman Teknologi Cheng, di sini, mengundang keresahan terutama dalam kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, katanya, gerakan berkenaan membantah sekeras-kerasnya program bersempena Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 Jerusalem yang menjadi viral di media sosial sejak semalam.

“Kewujudan negara haram Israel tidak pernah diiktiraf oleh Malaysia, sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat negara ini, terutama ahli GB4B.

“Ada pihak cuba menyebarkan fitnah dengan mengatakan kerajaan Melaka membenar dan mengeluarkan permit, termasuk memberi dana bagi menjayakan penganjuran program ini.

“Kita mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat usaha penganjur sekiranya mahu ketenteraman dan keamanan negara berterusan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Selain GB4B, Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek turut membuat laporan sama di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Kaba.

Kamarudin ketika ditemui meminta pihak polis menyiasat dalang di sebalik penganjuran itu.

“Jika kerajaan negeri sudah menolak perhimpunan ini, jadi ada pihak yang cuba cetuskan suasana tidak harmoni serta menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s