Dasar, Penguatkuasaan Diperlukan Halang Muslim Makan Secara Terbuka

KEADAAN aman tiba-tiba bertukar menjadi polemik apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui twitternya mencadangkan agar penguatkuasa agama tidak menangkap muslim makan di tempat terbuka pada bulan Ramadhan.

Khairy cenderung berhujah dengan meletakkan keutamaan kepada yang lain seperti jabatan agama memberi keutamaan kepada membantu asnaf.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Daud Che Ngah menyifatkan Khairy tidak mengetahui bahawa “menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran lebih aula dari membantu asnaf”.

Menurutnya, puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam kerana ianya adalah perintah dari Allah.

“Khairy tidak mempunyai cukup pengetahuan agama untuk memahami yang mana perlu didahului.

“Sebagai seorang yang bekerja dalam kerajaan, beliau sepatutnya menyokong apa yang kerajaan lakukan kerana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ialah di bawah kerajaan persekutuan,” katanya seperti dipetik dalam Malaysian Digest.

Malaysian Digest membuat satu perbincangan bertajuk: Mengapa polisi moral diperlukan bagi menghalang Muslim makan secara terbuka ditempat awam semasa bulan Ramadhan?

Timbalan Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka Shuhaib Ar-Rumy Selamat bukan sahaja kecewa dengan Menteri Kabinet berkenaan, malah menyifatkan kenyataan itu merendahkan penguatkuasa agama.

“Isu ini tidak patut timbul kerana Majlis Agama setiap negeri sentiasa membantu golongan yang memerlukan dengan wang zakat yang diterima,” katanya.

Beberapa Mufti turut menyelar tindakan Khairy termasuklah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid.

“Khairy terlalu jahil hal undang-undang Islam di negara ini yang menyatakan dengan jelas tindakan mesti dikenakan terhadap orang Islam yang makan secara terbuka di tempat awam.

“Bajet untuk menguatkuasakan undang-undang adalah dari Kerajaan Negeri yang mana kuasa tersebut diberikan oleh Sultan Selangor sendiri mengikut Seksyen 19 Enakmen,” katanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s