Zaid Ibrahim Serang Islam Untuk Dapat Kerusi DAP

DAP, sebuah parti politik yang kebanyakan pemimpin dan ahlinya berketurunan Cina, jarang sekali memberi sokongan kepada hal berkaitan Islam di negara ini.

Begitupun, jika DAP dengan wajah Cina itu membuat kritikan kepada Islam mereka jangka akan mendapat tentangan yang lebih sengit daripada orang Islam.

Maka, DAP menggunakan ahli yang berketurunan Melayu atau Islam untuk menyerang Islam.

Inilah yang berlaku.

Seperti kata seorang strategis Cina kuno, Sun Tzu:  “Kill with a borrowed knife,” (Membunuh Menggunakan Pisau Kepunyaan Musuh)

DAP dikatakan parti anti Islam yang menggunakan orang Melayu Islam sendiri untuk menjatuhkan Islam di Malaysia.

Melayu DAP yang lantang menghina dan memperlekeh Institusi Islam akan dijamin mendapat kerusi mewakili parti itu pada PRU akan datang.

Justeru, tidak hairan mengapa Zaid Ibrahim yang baru masuk DAP ini menyarankan agar institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam, Malaysia (Jakim) di rombak.

Zaid dalam blognya menulis,  Najib boleh mengambil langkah bermakna untuk membuang benih keganasan di kalangan umat Islam dengan merombak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan berkenaan hal ehwal Islam di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

“Lantik sekumpulan umat Islam progresif baharu untuk menerajui Jakim, untuk menyampaikan visi baharu mengenai Islam sebenar, dan kemudian sampaikan ceramah kepada jabatan agama negeri untuk memaklumkan mereka yang Islam sebenarnya tidak diancam.” kata Zaid seperti dipetik FMT.

Bukan sekali dua Zaid Ibrahim ini menentang apa sahaja yang membawa kebaikan terhadap Islam.

Sebelum ini beliau membantah keras cadangan pindaan Akta 355 sehingga sanggup berceramah di hadapan kaum Cina dan India semata-mata mahu memburukkan mahkamah syariah.

Beliau juga sebelum ini begitu lantang menentang pelaksanaan hudud oleh PAS.

Yang paling mengejutkan, semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau dikatakan pernah berusaha mahu menghapuskan Perkara 121 (1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Per. 121 (1A) inilah yang memartabatkan undang-undang syariah di Malaysia bilamana mahkamah sivil tidak boleh masuk campur dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun cadangan beliau dipercayai mendapat tentangan dari Jabatan Peguam Negara sehingga memaksa beliau meletak jawatan dan bertukar parti.

Itulah wajah sebenar Zaid Ibrahim yang kelihatan begitu benci kepada Undang-undang Islam dan Institusi Islam di Malaysia.

Seperti pemimpin Melayu lain dalam DAP, dan demi mahu menjadi jaguh dan hero Cina, agar satu kerusi baginya bertanding di PRU nanti, segalanya sanggup dilakukan oleh seorang manusia bernama Zaid Ibrahim ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s