Ziarah Ramadan Yayasan Tabung Haji Bantu 131,000 Rakyat

MELAKA: Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 yang dianjurkan Yayasan Tabung Haji menerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bersama Biro Keahlian Daftar Pemilih (BKDP) dijangka dapat memberi manfaat kepada 131,000 umat Islam kurang berkemampuan di seluruh negara.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program tersebut merupakan siri yang ke-32 bagi tahun ini dan pihaknya mahu menjelajah ke 67 kawasan Parlimen sebelum berakhirnya bulan Ramadan.

Menurutnya, perkara paling penting adalah sumbangan dan zakat yang disampaikan itu kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira fahaman politik.

RM7 juta merupakan dana daripada Yayasan Tabung Haji, UMNO (RM8 juta), kerajaan (RM4 juta) dan sumbangan daripada sahabat korporat yang menjadikan keseluruhan peruntukan berjumlah RM20.2 juta

“Kesemuanya itu akan diagihkan kepada 67 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan empat ke lima kawasan Parlimen sehari. Agihan sumbangan dan zakat adalah mengikut kaedah di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, Abdul Azeez bersama Idris turut menyertai Majlis Berbuka Puasa sejurus selesai mengagihkan sumbangan dan zakat kepada mereka yang layak. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s