ZAKAT KEDAH JAWAB VIRAL RUMAH PELAJAR DI POKOK SENA

Semalam viral kisah lawatan seorang cikgu ke rumah muridnya di Pokok Sena. Turut dipesan supaya diviralkan kisah tersebut sehingga sampai ke pengetahuan pihak yang berkenaan.

Kisah ini sebenarnya mula viral sejak 12 Jun (Isnin). Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah ziarah keluarga tersebut pada 13 Jun (Selasa baru ini) mungkin setelah menerima info daripada orang ramai.

Melalui laman facebook Lembaga Zakat Negeri Kedah keluarga tersebut sebelum ini tinggal di rumah lain yang tidak seburuk sekarang. Setelah disemak, LZNK mendapati keluarga ini adalah penerima bantuan mereka sejak setahun lalu.

Permohonan bantuan membina rumah juga sedang diproses. Kelewatan pembinaan rumah bantuan ini adalah disebabkan masalah hakmilik tapak rumah. Ditambah pula baru-baru ini keluarga tersebut kehilangan ketua keluarga.

Viral kisah ini masih berlarutan sehingga ke saat ini. Hasil penjelajahan di alam siber, ditemui beberapa sumber penyebar utama kisah ini seperti Viralicious melalui blog mereka alamviral.com. Turut ditemui viral ini di medium whatapps group.

Rata-rata netizen memberi komen negatif terhadap YB Pokok Sena, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal, JKK, imam, orang kaya, ketua kampung, penghulu dan menteri. Hampir semua pihak lain dituding jari oleh netizen.

Netizen gemar berkongsi kisah-kisah sedih apatah lagi saat Aidilfitri bakal menjelang tiba. Namun sikap menuding kepada orang lain perlu dihakis. Ramai juga netizen yang komen supaya turut sama membantu. Apalah salahnya jika kita sama-sama saling membantu walau dengan RM1.

pokoksena111

Agensi yang bertanggungjawab seperti Zakat Kedah telah memberikan penjelasan namun ianya masih tidak sehebat viral kisah asal.

 

 

Penjelasan Lembaga Zakat Negeri Kedah

*TERKINI : khabarnya wang sumbangan terkumpul mencecah RM150K. Adakah keluarga ini masih tergolong dalam kategori asnaf yang layak untuk Zakat Kedah bantu? Sekelip mata sahaja kehidupan mereka berubah.

pokoksena1

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s