5,000 Sertai Program Satu Jam Bersama Al-Quran

LEBIH 5,000 umat Islam menyertai program satu jam bersama al-Quran, Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Program bermula 12 tengah hari itu dimulai dengan tadabbur dan tazakkur seterusnya pembukaan dengan surah al-Fatihah dan al-Baqarah bermula dengan ayat satu hingga lima.

Bacaan diteruskan dengan surah Asy-Syams sehingga surah an-Naas.

Sebanyak 24 surah al-Quran dibaca pada program berkenaan dengan dipimpin 24 qari.

Antara yang memimpin bacaan ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Naib Presiden Pemasaran Urusniaga Hiliran Petronas Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ikon Rumah Ngaji Datuk Rosyam Nor, Munif Ahmad (kumpulan Hijjaz) dan Azmi Saat (vokalis Caliph Buskers).

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.

Malaysia #QuranHour kali ini mencapai lebih 1,660 tempat sekali gus mengatasi penganjuran World #QuranHour yang lalu iaitu di 750 lokasi seluruh dunia.

Tahun ini, Malaysia #QuranHour bertemakan ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’. – Hmetro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s