Kerjasama Puteri UMNO Dengan SIS Bermakna Menyokong Islam Liberal, LGBT, Bebas Murtad

RATA-RATA netizen termasuk penyokong UMNO tidak berpuas hati dengan langkah Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menganjurkan larian yang dinamakan “Rock Solid Pink Walk & Run 2017 ” pada 30 Julai ini di Padang Merbuk dengan kerjasama pertubuhan bukan kerjaan (NGO) Sisters In Islam (SIS).

Walaupun penjelasan sudah diberikan oleh Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Senator Datuk Fahariyah Nordin yang sudah memberikan rasional terhadap aktiviti berkenaan, netizen khususnya muslim tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan.

Osman Jailani dalam Facebooknya menulis surat terbuka kepada Fahariyah yang menjelaskan secara terperinci mengenai SIS yang tidak boleh tidak akan terpalit kepada Puteri.

“SIS adalah sebuah organisasi yang menyokong dan mempromosikan Islam Liberal, LGBT & kebebasan untuk murtad. Malah SIS adalah salah sebuah NGO yang menyokong COMANGO. COMANGO adalah gabungan NGO yang melabelkan Malaysia tidak mengamalkan kebebasan hak asasi manusia kerana tidak membenarkan LGBT, murtad dan mengawal tingkah laku umat Islam melalui undang-undang syariah di persidangan PBB berkaitan hak asasi manusia tidak lama dahulu,” tulisnya.

Berikut surat terbuka berkenaan yang dituju kepada Senator Datuk Fahariyah Nordin & Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Assalamualaikum,

Berikutan kenyataan dari SENATOR DATO’ Fahariyah Nordin menjawab bagi pihak Puteri UMNO berhubung kerjasama sayap UMNO tersebut dengan SIS dalam menganjurkan larian “Rock Solid Pink Run” membuatkan saya terpanggil untuk mengeluarkan surat terbuka ini kepada beliau dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Kenyataan dari Yang Berhormat Senator ini menampakkan ketidakmatangan beliau dalam perjuangan UMNO. Malah kerjasama Puteri UMNO dengan SIS menganjurkan larian ini juga menunjukkan ketidakmatangan sayap pergerakan parti keramat ini dalam tindakan dan pemikiran.

Yang Berhormat Senator menyatakan kerjasama antara SIS dan Puteri UMNO bukti kematangan Puteri UMNO kerana pergerakan itu tidak berpolitik sepanjang masa tapi fahamkah Yang Berhormat Senator kenapa tindakan ini tidak disenangi ramai terutama ahli UMNO sendiri?

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator, SIS adalah sebuah organisasi yang menyokong dan mempromosikan Faham Islam Liberal, LGBT dan kebebasan untuk murtad. Malah SIS adalah salah sebuah NGO yang menyokong COMANGO.

Untuk pengetahuan Yang berhormat Senator, COMANGO adalah gabungan NGO yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan hak asasi manusia kerana tidak membenarkan LGBT, murtad dan mengawal tingkahlaku umat Islam melalui undang-undang syariah di persidangan PBB berkaitan hak asasi manusia tidak lama dahulu.

Dan untuk pengetahuan Yang berhormat Senator, UMNO pula sebuah pertubuhan politik yang menerajui koleberasi Barisan Nasional selama ini yang mempertahankan Islam dan menolak LGBT, murtad serta menolak sama sekali kebebasan individu secara total..

Jadi Yang Berhormat Senator,

Suka saya memberi kefahaman kepada Yang Berhormat Senator yang kemarahan rakyat terutama sekali ahli UMNO seperti saya bukanlah satu persoalan politik seperti yang ditekankan oleh Yang berhormat Senator berulang kali dalam kenyataan Yang Berhormat Senator itu kerana SIS bukannya parti politik.

Tetapi Yang Berhormat Senator, kemarahan kami ini ialah kerana Pergerakan Puteri UMNO melakukan kerjasama dengan satu entiti yang menentang Islam yang menjadi asas perjuangan UMNO selama ini.

Fahamilah Yang berhormat Senator bahawa tindakan berkerjasama Pergerakan Puteri UMNO dengan SIS ini adalah satu penghinaan kepada semuanya yang diperjuangkan oleh semua mereka yang berusaha keras mempertahankan asakan kelompok liberal ini.

Kemarahan umat Islam dan ahli UMNO bukannya disebabkan politik tapi prinsip asas pejuangan yang bertentangan sama sekali.

Adakah Pergerakan Puteri UMNO tidak sedar bahawa tindakan kerjasama ini sebenarnya mempromosikan SIS kepada anak muda wanita muda muslim?

Atau mungkin Puteri UMNO terlalu terdesak hingga perlukan SIS untuk menjayakan “agenda tidak politik” pergerakan itu?

Pergerakan Puteri UMNO dan Yang Berhormat Senator perlu matang dalam mencatur gerak kerja kerana jika tersalah langkah, ianya akan merosakkan perjuangan dan akhirnya akan merosakkan generasi muda peneraju negara.

Yang Benar,
Osman Jailani.

Sementara itu, Mas Ermieyati menjelaskan program pada 30 Julai itu merupakan usaha Puteri UMNO menyokong kempen kesedaran terhadap isu keselamatan dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak. Banyak NGO yang telah dilamar untuk bersama dengan PPUM bagi tujuan kempen ini.

“Kerjasama Puteri UMNO dengan SIS bagi tujuan Pink Solid Run tidak bermakna Puteri UMNO turut bersetuju atau atau seia pendapat dalam hal-hal lain yang dinyatakan oleh SIS sebelum ini,” jelasnya.

Seorang lagi netizen, Sirap Lengkong berpendapat, Puteri UMNO boleh sahaja menganjurkan program membabitkan NGO lain.

“Puteri UMNO mungkin ada niat yang baik nak menganjurkan program larian yang melibatkan SIS… namun jikalau permasalahan tersebut lebih membawa kepada negatif lebih baik ditinggalkan sahaja… ini kerana tidak tanduk SIS dalam pengamalan Islam agar kontroversi,” tulisnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s