Segerakan Wujud Undang-Undang Anti-Evangelicalism

PAS setuju dengan cadangan untuk menggubal Undang-Undang Anti-Evangelicalism bagi memperkukuhkan lagi martabat kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS, Wan Rohimi Wan Daud berkata,  penggubalan itu bertepatan dengan perkembangan gerakan evangelis di engara ini dan peningkatan bilangan murtad di negara ini.

“Cadangan diutarakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin itu perlu diberikan penilaian yang serius secara menyeluruh dan pelaksanaan sesegera mungkin.

“Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam, selain anggaran sesetengah pihak bahawa hampir suku juta umat Islam telah dimurtadkan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam harakahdaily.net, hari ini.

 

Wan Rohimi berkata, apa yang berlaku kini bercanggah dengan Perkara 11(4) jelas menyatakan bahawa agama lain tidak boleh didakyahkan kepada seorang Muslim.

Selain itu,  katanya,  di negeri-negeri juga telah diadakan enakmen untuk mengawal hal ini seperti di Selangor yang wujud Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Meskipun Enakmen ini sudah wujud sekian lama, namun ia didapati tidak mencukupi kerana telah gagal menjaga akidah umat Islam dan menyekat gerakan evangelisme yang kian menular di kalangan bangsa Melayu.

Katanya, gerakan berkenaan menjalankan aktiviti mereka tanpa menghiraukan peruntukan Enakmen dan dalam kes larangan menggunakan kalimah Allah jelas merupakan satu pelanggaran enakmen itu.

“Kami percaya, bahawa dalam hal ini bukan sahaja Perkara 11(4) malah Perkara 11(5) Perlembagaan juga terpakai kerana ia membenarkan pengecualian terhadap kebebasan agama dalam sebarang perihal menjaga ketenteraman awam.

“Kami percaya bahawa cadangan Centhra ini adalah terpakai di bawah pengecualian seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 11(5) ini,” katanya.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s