Pertandingan Cipta Robot: Pelajar SMK Kubang Kerian Wakili Malaysia

KOTA BHARU – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian, Raja Adam Ahmad Raja Iskandar, 15, merupakan pelajar tunggal Kelantan yang mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam Pertandingan Olimpik Robotik Antarabangsa.

Raja Adam berkata, beliau amat teruja dan terkejut apabila dipilih memandangkan sebelum ini dalam pemilihan seramai 2,500 pelajar menyertainya.

“Alhamdullilah kami antara tujuh peserta yang disenarai pendek terpilih mewakili pasukan yang akan diadakan pada 14 sehingga 18 Julai di Amerika Syarikat.

Menurut Raja Adam, beliau kini dalam persediaan terakhir untuk menyiapkan robot ciptaan mereka bersama enam lagi pelajar sekolah asrama penuh dari seluruh negeri.

“Insya-ALLAH kami harapkan dapat mengharumkan nama Malaysia dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

“Ini merupakan pembakar semangat untuk saya dan saya akan ceritakan pengalaman menarik kepada rakan-rakan di sekolah dan menjadikan usaha ini sebagai satu pengalaman menarik untuk disampaikan nanti,” katanya.

Adam turut menerima sumbangan kewangan bernilai RM 2,000 sumbangan Jabatan Pendidikan Kelantan (JPN) yang disampaikan Pengarah JPN negeri, Jaafar Ismail.

Jaafar berkata, beliau cukup berbangga dengan pencapaian pelajar terbabit dan ia satu semangat dan contoh kepada pelajar lain.

“Kita harap lebih ramai lagi pelajar seumpama ini muncul bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut berkaya dalam bidang kokurikulum,” katanya. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s