Vida Membida Tiga No Plat AKU

Selepas gagal dalam beberapa bidaan tahun lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan rancangan untuk mendapatkan satu nombor bertuah bagi plat kenderaan siri AKU bagi kereta mewah terbaharunya.

Bagi memburu nombor berkenaan, Hasmiza atau lebih dikenali Vida berkata beliau akan membida tiga nombor yang signifikan dengan dirinya.

Bagaimanapun, usahawan berasal dari Machang, Kelantan itu mengambil pendekatan untuk kunci mulut bagi memastikan salah satu nombor plat yang akan dibida dalam genggaman.

“Saya akan bida tiga nombor, tapi tak payahlah saya dedahkan nombor dan jumlah bidaan tersebut. Biarlah rahsia. Saya tak nak nanti nombor itu terlepas ke tangan orang lain.

“Saya memang menunggu nombor siri AKU ini untuk dipakai pada kereta Toyota Vellfire yang dibeli enam bulan lalu. Harap kali ini ada rezeki saya,” katanya kepada mStar Online.

Vida berkata beliau sudah menghantar wakil untuk membida tiga nombor tersebut di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebaik sahaja bidaan dibuka pada Isnin.

“Wakil saya sudah buat bidaan. Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti,” katanya.

JPJ Perak pada Isnin telah mengumumkan orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan siri AKU bermula Isnin sehingga 18 Julai ini.

Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata, ada beberapa nombor pendaftaran yang tidak termasuk dalam kategori nombor pilihan namun menjadi pilihan ramai termasuk selebriti turut dimasukkan dalam tender dan dikategorikan sebagai Nombor Popular seperti 8055 (BOSS), 1305 (BOS) dan 805 (BOS).

Sebelum ini, Vida turut membida nombor plat F1 yang secara kebetulan mempunyai persamaan dengan singkatan bagi Formula One (F1) pada tahun lalu.

Namun bidaan ibu tunggal itu tidak berjaya selepas ia dimenangi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan harga bidaan sebanyak RM836, 660. – mStar

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s