Jemaah Haji Diingat Buat Persiapan Rapi – Jamil Khir

Jemaah-jemaah haji Malaysia pada tahun ini, dinasihat membuat persiapan rapi serta mengutamakan aspek keselamatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap jemaah perlu memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah haji.

“Mereka perlu memastikan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri atau menyebabkan kemalangan supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat dan selamat.

“Semua jemaah juga diharap dapat mematuhi arahan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan sentiasalah berhubung dengannya jika mempunyai sebarang permasalahan semasa berada di Tanah Suci,” kata beliau perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017 Peringkat Wilayah Persekutuan yang disertai 1,850 jemaah haji, semalam.

Kursus dua hari itu, yang diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara bermula semalam hingga 16 Julai ini, merupakan kursus terakhir anjuran TH dalam usaha meningkatkan pengetahuan jemaah haji berkaitan ibadah haji.

Seramai 30,200 jemaah haji dari seluruh negara bakal mengerjakan ibadah itu tahun ini dengan penerbangan pertama dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 24 Julai ini. – BNBBC, 9 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s