Zaid Tak Sepatutnya Pertikai Usaha Jakim

KOTA BHARU – Pas menempelak kritikan Datuk Zaid Ibrahim terhadap Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu seorang wanita yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaannya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin DAP itu tidak sepatutnya pertikai usaha Jakim sebagai badan berautoriti dalam mempertahan kesucian Islam.

“Kita tidak boleh pertikaikan kenyataan dan pandangan Jakim sebab ia memang badan yang ditugaskan untuk (memperjuangkan agama) itu. Apa yang dikatakan itu betul dan memang dalam skop tanggungjawabnya

“Sepatutnya Zaid tidak komplen Jakim, komplen orang yang melanggar peraturan tersebut. Saya fikir kenyataan dikeluarkan Jakim ialah kenyataan cukup ilmiah dan bukan emosi,” katanya kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Akhir Jawatankuasa Induk Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kota Bharu.

Sebelum ini video seorang wanita Islam yang memelihara anjing bernama Bubu tular di media sosial dan mendapat kecaman daripada umum kerana tindakan tersebut bertentangan dengan Islam.

Justeru, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataannya menyesali tindakan wanita tersebut kerana perbuatan itu boleh dianggap boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam kerana bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia.

Mengulas lanjut perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, sewajarnya penjelasan Jakim diambil kira dari sudut positif dan ia sememangnya badan itu telah memainkan peranan dalam menjelaskan isu tersebut kepada rakyat.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s