Haram Faham Islam Liberal: Mahkamah Persekutuan Memihak Kepada Jabatan Mufti

MAHKAMAH Persekutuan membuat keputusan memberi kebenaran untuk merayu kepada Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor dalam 5 persoalan undang-undang berkaitan cabaran Sisters in Islam (SIS) terhadap kesahihan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang membantu peguam Dato Haji Sulaiman Abdullah mewakili Jawatankuasa Fatwa Selangor berkata, Mahkamah Persekutuan dalam prosiding semalam membuat keputusan memberi kebenaran untuk merayu kepada Jabatan Mufti dan MAIS dalam mempertahankan kesahan fatwa mufti.

“Mahkamah Persekutuan membuat keputusan memberi kebenaran untuk merayu kepada Jabatan Mufti Selangor dan MAIS dalam 5 persoalan undang-undang berkaitan cabaran terhadap kesahan fatwa mufti,” katanya dalam FB-nya, semalam.
_*Kronologi kes!!!*_

📌 *Julai 2014-* Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan SIS dan mana2 individu, pertubuhan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme agama adalah *sesat* dan *menyeleweng daripada ajaran Islam.*

📌 *Okt 2014-* SIS memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah *bagi membatalkan* keputusan fatwa itu.

📌 *Jun 2016-* Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah memutuskan mahkamah sivil *tidak mempunyai kuasa* untuk mendengar kes berkaitan hal agama seperti *fatwa.* _(SIS merayu ke mahkamah rayuan)_

📌 *Mac 2017-* Mahkamah rayuan memutuskan *mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa* untuk mendengar kes mencabar kesahihan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor. _(Jabatan Mufti merayu ke mahkamah persekutuan)_

📌 *Julai 2017-* Mahkamah persekutuan *memberi kebenaran untuk merayu* kepada Jabatan Mufti Selangor.

💪 _*Marilah kita bersama2 berdoa agar keputusan mahkamah persekutuan nanti berpihak kepada Jabatan Mufti Selangor*_

Fatwa tersebut telah *diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor* dan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.

Sebagai umat Islam ini adalah satu *cabang penghinaan terhadap Institusi Islam dan Sultan di Malaysia.*

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s