Jawatankuasa Khas Ditubuh Perkasa Mahkamah Syariah

SEBUAH jawatankuasa khusus bagi memperkasakan mahkamah syariah akan ditubuhkan dengan penyertaan semua majlis agama Islam di setiap negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata cadangan penubuhan jawatankuasa itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

“Antara cadangan yang akan dikemukakan termasuklah meningkatkan mahkamah syariah daripada tiga peringkat kepada lima peringkat yang turut mempunyai mahkamah tengah dan Mahkamah Tinggi Rayuan ataupun yang kita panggil Majlis Rayuan Syariah.

Pemerkasaan mahkamah syariah itu juga akan membabitkan peningkatan jumlah kakitangan di mahkamah syariah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir satu jam dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, anggota Parlimen Kota Bharu merangkap Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Menurut Jamil Khir, keanggotaan jawatankuasa itu juga bakal disertai ahli politik dan penasihat undang-undang negeri berikutan perbincangan mengenai hukum syariah sering menjadi perhatian masyarakat.

Ditanya sama ada jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bagi membincangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) tidak berkesan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai undang-undang syariah, beliau berkata ia sebenarnya berkesan apabila ramai yang mula berbincang mengenai undang-undang berkenaan.

“Saya berpandangan sudah sampai masanya untuk kita (lebih memperkasakan mahkamah syariah) sebab kita merasakan dah banyak kali pindaan-pindaan dibuat, tetapi mungkin pada kali ini letusan pandangan itu begitu besar dan ramai orang semacam seolah-olah tidak dapat memahami apa itu pindaan berkaitan RUU355,” katanya.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s