MP Sg Petani Keliru Fungsi Mufti, Penguatkuasa Agama

SESEORANG Ahli Parlimen dan juga ahli Dewan Undangan Negeri bukan sahaja perlu mengetahui masalah rakyat dan undang-undang, tetapi juga wajib mengetahui tugas dan peranan institusi sedia ada supaya idea dan cadangan yang dikemukakan untuk membantu rakyat, dapat dilaksanakan.

Jika tidak, mereka akan mengemukakan cadangan yang tidak menepati kaedah perundangan dan perlembagaan, malah boleh memberi pelbagai implikasi lain.

Semalam, Ahli Parlimen Sungai Petani(PKR), Datuk Johari Abdul sekali lagi mempunyai idea untuk mengatasi masalah judi di negeri Kedah, tetapi cadangannya TIDAK memperlihatkan seorang yang tahu akan hal ehwal perundangan negara, sedangkan Ahli Parlimen mestilah seorang yang faham Perlembagaan kerana mereka merupakan penggubal undang-undang.

Johari di Kamar Khas, Dewan Rakyat semalam mahukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan mufti-mufti di seluruh negara agar menubuhkan jawatankuasa di peringkat daerah yang diketuai kadi-kadi daerah bagi melawat premis-premis judi haram yang dikunjungi oleh orang Islam.

Bolehkah Mufti diarahkan oleh Menteri?

Institusi mufti mempunyai peranan dan fungsi tertentu dan mempunyai bidang kuasa tertentu yang diperuntukkan kepada mereka.

Antara lain, peranan institusi mufti adalah:

i. Membantu dan menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syarak.
ii. Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap sesuatu isu baharu yang memerlukan keputusan.
iii. Mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak.
iv. Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.

Tentu, Johari memahami kuasa agama adalah dibawah kuasa Sultan.

Jika Johari mencadangkan agar Menteri atau Perdana Menteri mengarahkan Mufti bermakna Johari mencadangkan agar kuasa Sultan itu diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Kalau kenyataan sebegitu keluar daripada Ahli Parlimen DAP tidaklah mengejutkan kerana sebahagian mereka jahil mengenai hal-ehwal Islam di negara ini.

Peranan dalam mengambil tindakan terhadap seseorang muslim yang melakukan kesalahan membabitkan hal-hal jenayah syariah ialah bidang penguatkuasa agama dan perbicaraan pula berlaku di mahkamah syariah.

Elok Johari berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk belajar kembali peranan institusi agama seperti jabatan mufti dan pihak berkuasa, agar beliau boleh menjadi Ahli Parlimen yang berkesan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s