UMMAH Saran Majlis Agama Islam Negeri Jadi Pencelah Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahukan majlis agama Islam negeri bertindak menjadi pencelah untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf boleh berbinkan bapanya.

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sebarang keputusan membabitkan umat Islam di negara ini akan memberi kesan kepada pentadbiran undang-undang Syariah di negeri berkenaan.

“Selain itu, UMMAH juga menuntut supaya Akta ini diperbaiki melalui proses pindaan di Parlimen supaya selari dengan hukum syara” katanya mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Aminuddin berkata, keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Julai 2017 itu adalah sesuatu yang merunsingkan.

Menurutnya, keputusan itu tidak selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2003.

“UMMAH percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan ini bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2003, yang menetapkan bahawa “anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa anak tersebut.”

Aminuddin berkata, fatwa yang dikeluarkan sebelum ini tidak bertujuan untuk menghukum anak yang tidak berdosa akibat kesalahan ibu dan bapanya namun demikian bermatlamat untuk melindungi nasab dan keturunan.

“Perlu ditekankan bahawa penetapan nasab seseorang anak bagi menentukan sama ada sah atau tidak tarafnya bukanlah bertujuan untuk menghukum seseorang anak atas dosa yang dilakukan oleh ibu atau bapanya sekiranya anak tersebut tidak sah tarafnya, tetapi bagi menjaga kesucian dan keutuhan nasab dan keturunan, yang telah dirumuskan oleh para ulama’ sebagai termasuk salah satu daripada matlamat (maqasid) syariah.”

Selain daripada itu tafsiran Mahkamah Syariah berkenaan seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 adalah sesuatu yang memusykilkan.

Ini kerana penggunaan “nama keluarga” disama ertikan dengan bin atau bintikan nama ayah. Ini kerana tidak semua keluarga memiliki nama keluarga dan tafsiran ini perlu diperhalusi.

UMMAH juga menuntut supaya Majlis-majlis Agama Islam di semua negeri membuat permohonan untuk menjadi pencelah dalam rayuan pihak kerajaan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“…Kerajaan juga wajar pertimbangkan untuk memperbaiki Akta tersebut melalui proses pindaan di Parlimen, supaya dapat diselaraskan dan diharmonikan dengan hukum syara’.” – menara.my

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s