Skor Indeks Syariah Malaysia 2017 Meningkat


PUTRAJAYA: Skor Indeks Syariah Malaysia bagi 2017 sebanyak 76.06 peratus, meningkat 0.64 peratus berbanding skor pada 2015 iaitu 75.42 peratus.

Bagi tahun ini, skor Indeks Syariah Malaysia mencatatkan peningkatan yang amat ketara dalam empat daripada lapan bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitaran, ekonomi dan sosial.

Bidang kesihatan mencatat skor 77.79 peratus, prasarana dan persekitaran (72.89 peratus), ekonomi (65.46 peratus), sosial (72.28 peratus), pendidikan (80.12 peratus), politik (74.70 peratus), perundangan (84.91 peratus) dan budaya (64.67 peratus).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata apa yang menarik mengenai dapatan indeks pada tahun ini ialah jumlah responden seramai 54,584 orang terdiri daripada Islam dan bukan Islam serta 50 peratus adalah mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun yang juga generasi Transformasi Nasional 2050.

“Ini adalah satu pencapaian yang kita harapkan untuk terus memandu kerajaan mentadbir negara selaras dengan maqasid syariah.

“Beberapa dapatan penting menerusi indeks ini membuktikan bahawa usaha dan inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan memberi impak dan maslahah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta Pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Majlis bertemakan Ulama Umara Negaraku Bersatu itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian sumbangan khas berjumlah RM2 juta kepada NGO Islam bagi menghargai peranan mereka dalam proses membina negara. – BH Online

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s