Kerajaan Siasat Muslim Mengaku Ateis

Kerajaan akan menyiasat penglibatan umat Islam dalam perhimpunan ateis yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.

Kumpulan tersebut menjadi tular di laman sosial dan menimbulkan pelbagai polemik apabila turut dianggotai oleh orang Islam pada perhimpunan kumpulan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan akan dilakukan sekiranya ia mengganggu gugat ketenteraman awam dan merosakkan akidah umat Islam.

Menurutnya, usaha memerangi sebarang ajaran sesat atau penyebaran fahaman yang tidak sepatutnya dilakukan secara berterusan.

“Kita mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Enakmen Jenayah Syariah di peringkat negeri.

“Sekiranya ada bukti dan membabitkan penglibatan umat Islam, kita ada peruntukkan undang-undang untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Asyraf Wajdi berkata, pihaknya akan memantau dakwaan ini kerana membabitkan soal akidah.

Jelasnya,kerajaan juga akan menjalankan sesi penerangan dan pendidikan bagi mengembalikan semula akidah umat Islam yang terpesong dengan ateis.

“Usaha ini sudah dilakukan sejak dahulu lagi sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan tinggi dan sekolah.

” Malah bagi menangani isu-is u semasa berkaitan akidah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di peringkat persekutuan sentiasa bekerjasama dengan agensi peringkat negeri bagi menganjurkan pelbagai program kesedaran,”katanya.

Kumpulan ateis merupakan golongan tidak bertuhan dan mengamalkan gaya hidup bebas.-Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s