Pasukan Khas Ditubuh Atasi Visa Haji

JERAI: Satu pasukan khas diwujudkan untuk menangani masalah visa jemaah haji, selain memastikan urusan penerbangan ke Tanah Suci berjalan lancar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pa­sukan itu akan memantau proses pemergian bakal jemaah dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku penangguhan per­jalanan menunaikan ibadah itu.

Menurutnya, kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi memberikan impak positif apabila bilangan bakal jemaah yang berhada­pan dengan masalah visa semakin berkurangan.

“Kerajaan Arab Saudi menerusi kedutaannya membe­rikan arahan agar isu visa ter­tangguh itu diberikan perhatian,” kata­nya selepas merasmikan majlis Pelancaran Projek Mengurangkan Risiko Banjir di Kampung Sungai Bongkok, Gurun dekat sini hari ini.

Jamil Khir mengulas laporan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa pihaknya berusaha menyelesaikan masalah visa haji yang di­hadapi sebahagian kecil jemaah.

Menurutnya, Tabung Haji me­ngemaskini maklumat mengenai jumlah bakal jemaah yang belum mendapat visa setiap hari dan memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Penerbangan yang tertunda akan disusun semula memandangkan proses mendapatkan visa memerlukan masa panjang. Jika tidak dapat pe­nerbangan ya­ng dijadualkan, kita akan susun dalam jadual berikutnya,” katanya.

Beliau menambah, proses mendapatkan visa bukan mudah kerana ia perlu kebenaran kerajaan Arab Saudi bagi memperoleh kelayakan tanpa sebarang keraguan tentang status bakal jemaah.

Tambahnya, 50 peratus daripada 30,200 bakal jemaah Malaysia sudah berlepas ke Tanah Suci.- Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s