Rang Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian lulus, Fasal 88A gugur

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rang undang-undang bagi meminda Akta 164 itu diluluskan pada pukul 12.45 tengah malam selepas dibahaskan mulai pukul 8.30 malam tadi.

Terdahulu, perbahasan rang undang-undang berkenaan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berlangsung dalam suasana panas berikutan sikap wakil-wakil pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pengguguran Fasal 88A.

Fasal tersebut merujuk kepada peruntukan berhubung kedudukan agama anak bagi pasangan suami isteri sekiranya salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam.

Azalina semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan menjelaskan, pindaan dalam rang undang-undang itu bertujuan memberi ruang bagi salah seorang daripada pasangan terbabit memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil sekiranya suami atau isteri memeluk agama Islam.

“Kita tidak mahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak menamatkan perkahwinan mereka.

“Islam adalah agama yang bertanggungjawab, takkanlah masuk Islam tetapi lari daripada memberi nafkah terhadap anak dan bekas isteri,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan juga akan mengambil maklum semua cadangan dan pandangan yang disuarakan semasa sesi perbahasan termasuk berhubung isu pertukaran agama anak. – UTUSAN ONLINE, 11 Ogos 2017

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s