Tabung Haji Yakin Kelewatan Visa Bakal Haji Dapat Diselesaikan

10 OGOS: Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menafikan wujudnya bakal haji yang menghadapi masalah visa untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Ini kerana menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, masalah visa ini adalah di luar kawalan LUTH dan terpaksa melalui tiga proses atas talian untuk mendapatkan visa haji.

Bagaimanapun, TH sedang cuba sedaya upaya dan yakin dapat menyelesaikan semua masalah bakal haji yang terkandas kerana kelewatan visa ini sebelum musim haji bermula.

“Tabung Haji berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan visa kebenaran haji atau visa kebenaran masuk ke Arab Saudi kepada semua bakal haji.

“Kelulusan visa ini dilakukan secara atas talian dan melalui tiga peringkat iaitu e-Haj, Muasasah, dan Kementerian Luar Negeri,” katanya ketika menjawab Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), yang dikemukakan Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Idris Ahmad yang meminta kerajaan menjelaskan punca dan langkah segera untuk menyelesaikan bakal haji yang terkandas kerana kelewatan visa di Dewan Rakyat, Khamis.

Menurut Jamil Khir lagi, masalah ini bukan sahaja dialami oleh Malaysia sahaja, bahkan semua negara di dunia juga turut menghadapi masalah yang sama susulan Arab Saudi memberi pertambahan kuota jemaah haji pada tahun ini.

Katanya, penggunaan kelulusan visa atas talian yang baru beroperasi 2 tahun itu juga menyumbang kepada masalah tersebut.

“Bilangan jemaah haji bertambah tahun ini selepas Arab Saudi memberi pertambahan kuota kepada semua negara.

“Pihak Arab Saudi juga telah menambah bilangan pekerja yang mengendalikan sistem ini termasuk beroperasi pada hari cuti bagi menyelesaikan kelulusan visa ini,” jelasnya lagi.

Jemaah yang terkandas, menurut Jamil Khir akan diberi tempat penginapan, makan dan minum oleh LUTH dan ditempatkan di Kompleks LUTH, Kelana Jaya sementara menunggu kelulusan visa mereka.

“Tabung Haji juga mewujudkan satu bilik khas yang berfungsi sebagai membantu dan memberi maklumat terkini untuk menyelesaikan masalah bakal haji yang terkandas ini.

“Kita juga menyediakan petugas khas untuk memberi khidmat dan bantuan kepada bakal haji yang terkandas ini.

“Tabung Haji juga akan meningkat kapasiti penumpang dengan menukarkan pesawat boeing 777 kepada Airbus yang boleh membawa 480 penumpang untuk mengelakkan semua jemaah haji sampai ke Arab Saudi sebelum haji bermula,” jelas Ahli Parlimen Jerai itu.

Jamil Khir turut memberitahu Dewan Rakyat, setakat semalam, 63 pesawat penerbangan telah berjaya membawa lebih 23,700 jemaah haji ke tanah suci. – BNBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s