Penyebar Ajaran Ateis Menyalahi Akta 559, Bercanggah Dengan Prinsip Rukun Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat pergerakan kumpulan ateis susulan laporan di media sosial berhubung perhimpunan gerakan ateis di ibu negara pada 3 Ogos lalu.

Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh, berkata penyebaran ajaran ateis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Malah, ia juga bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, JAWI akan meneruskan pemantauan kegiatan itu di kawasan tertentu di sekitar ibu negara.

Menegaskan disamping pemantauan rapi dibuat secara berterusan, beliau berharap orang ramai akan membantu menyalurkan maklumat dalam usaha mengekang kegiatan berkenaan.

Tambahnya, mereka yang didapati menyebarkan ajaran bertentangan dengan Islam boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s