Pindaan Akta 164: PAS Kelirukan Umat Islam Di Negara Ini

SEMALAM, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menulis artikelnya bertajuk Tregedi Malang Buat Umat Islam Di Negara Ini yang tersiar dalam website parti itu dan media sosial.

Bagaimanapun, hari ini, artikel berkenaan telah dibuang dan digantikan dengan artikel yang telah diedit, dengan membuang para 7,8 dan 9.

Dr Riduan mengulas keputusan Dewan Rakyat kelmarin meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164).

Pengetahuan Dr Riduan kelihatan sangat cetek berhubung Akta itu, dan ini memperlihatkan betapa PAS lebih cenderung membuat pelbagai andaian sebelum mendapatkan fakta sebenar.

Suka Membuat Andaian

Andaian Dr Riduan yang dibuat dalam artikel semalam yang telah diedit semula hari ini termasuklah:

1. Orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
2. Orang Islam dibenarkan murtad sekiranya ingin berkahwin dengan bukan Islam.
3. Pasangan yang memeluk Islam akan kehilangan hak penjagaan anak.

Bagaimanapun, dalam versi baru yang diedit semula, tiada lagi andaian berkenaan, selepas dikritik dan dikecam orang ramai.

Ruh pindaan Akta 164, seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, adalah bagi mengelak tindakan oleh sama ada suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak-anak atau harta mereka.

Ini bermakna Akta 164 menjamin sesebuah perkahwinan walaupun terpaksa berakhir kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, kerana anak-anak dan harta mereka wajib diurus sebaiknya.

Dr Riduan Pesongkan Fakta

Namun, Dr Riduan telah cuba memesongkan fakta atas nama membela partinya yang kononnya memperjuangkan Islam sebenar.

Dalam para 4, Dr Riduan menulis PAS berdiri teguh mempertahankan prinsip Islamnya, dalam keadaan pihak pembangkang lain tidak bersatu dan bersepakat dalam menyatakan pendirian.

Jika benar kata Dr Riduan memperjuangkan Islam, apakah Islam membenarkan jika satu keluarga bukan Islam kemudian suaminya memeluk Islam dengan meninggalkan tanggungjawab kepada bekas isterinya?

Bayangkan selama ini jika yang muallaf itu perempuan, bekas suaminya yang bukan Islam sengaja enggan bubarkan perkahwinan sivil mereka, sampai bila dia terpaksa gantung tak bertali?

Justeru, pindaan Akta 164 itu memberi hak kepada muallaf untuk berkahwin lain selepas selesai perceraian di mahkamah sivil.

Islam Itu Indah dan Adil

Ini selari dengan Islam sebenar yang bukan hanya dikatakan Indah dan adil tetapi juga kelakuan dan tindakan seseorang muslim mesti adil termasuk kepada bekas isteri atau suami dan anak-anak mereka.

Malah, kata Azalina lagi ketika penggulungan pindaan Akta 164, akta itu tidak menafikan hak seseorang itu di Mahkamah Syariah sebaliknya menggalakkan seseorang itu supaya bersikap lebih bertanggungjawab untuk menceraikan pasangannya di Mahkamah Sivil.

Biarlah pembubaran perkahwinan itu diselesaikan dengan elok agar nasib anak-anak mereka tidak diperkotak-katikkan.

Dimanakah Rujukan Dr Riduan?

Kebimbangan Dr Ridhuan bahawa orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam dalam Akta 164 tidak berbangkit sama sekali. Dimanakah sumber rujukan Dr Ridhuan mengenai perkara ini? Begitu juga kekeliruan beliau dengan dakwaan di para 8 mengenai harta pusaka jika salah seorang memeluk Islam, telah meninggal dunia.

Dr Riduan seolah-olah berpendapat harta itu tidak sepatutnya diberikan kepada pasangan yang bukan muslim.

Jelas Dr Riduan gagal membezakan harta dari perkahwinan sivil atau _matrimonial asset_ dengan harta persendirian si mati.

Kita tidak boleh menafikan hak keluarga si mati jika harta itu adalah harta perkahwinan contohnya rumah yang didiami oleh keluarga si mati. Bagaimanakah persepsi orang bukan Islam jika keluarganya perlu dihalau keluar hanya kerana si mati telah memeluk Islam?

Bermain Emosi

Sekali lagi Dr Riduan cuba bermain emosi dan mengelirukan umat Islam di negara ini, seperti dinyatakannya di para 9. Beliau menulis, “ …satu demi satu hak umat Islam terlucut, ditarik, ditukar dengan memberikan pelbagai kelebihan buat sesiapa untuk murtad, menukar agama, dan mengikis hak terutama penjagaan hak terhadap anak-anak”

Perkara berkenaan tidak berbangkit sama sekali dalam pindaan Akta 164.

Sedangkan, lebih teruk imej Islam tercalar jika sesuatu perkahwinan gagal dibubarkan dengan baik disebabkan kemungkinan pasangan menggunakan nama Islam untuk kepentingan sempitnya, seperti mana digunakan oleh PAS ketika menamakan parti mereka parti Islam.

Semua maklum PAS ialah parti politik, sedangkan pemimpinnya kelirukan muslim di negara ini dengan berusaha untuk menyamakan ‘Islam itu PAS, dan PAS itu Islam’.

Dr Riduan, sesungguhnya, cuba mengelirukan orang ramai, khususnya umat Islam di negara ini.

Ini kerana pindaan Akta 164 itu menyelaraskan pertembungan tuntutan di antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah di negara ini, jika pembubaran perkahwinan berlaku kerana salah seorang pasangan memeluk Islam.

Maka, jelaslah, sesiapa sahaja menuduh pemimpin UMNO tidak menjaga hal ehwal Islam di negara ini ternyata telah membuat dosa besar iaitu dosa fitnah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s